Ada seorang
perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan
tidak mau mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
berbicara dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sebentar-sebentar Bismillah."
Isterinya tidak berkata
apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang
memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada isterinya
dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil uang itu dan menyimpan
di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan diam-diam suaminya itu
mengambil uang tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku uang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan uang itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan uang itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan uang dan menyerahkan uang itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya
kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu
kerja.