Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu mengherankan.Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah
berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan
kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah
janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka
lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal
di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai
ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan
tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad
dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau
meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku
taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah
berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu
orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad
menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku
akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara
dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahwa
Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan
mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran.
Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya
mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai
Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus
mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia
yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku
itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah
menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk
menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku
ingin berjumpa dengan
Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati
syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
Selanjutnya : 10 Pesan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S.
Selanjutnya : 10 Pesan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S.